PAS#02Ustaz Fairuz Isa
"Serting Makmur, Berkat Sejahtera"
Latar belakang calon.
YB Ustaz Fairuz Isa merupakan tokoh kepimpinan yang berwibawa dan merupakan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serting, Negeri Sembilan bagi penggal ke-15.
Dilahirkan di Batu Kikir, beliau mendapat pendidikan agama yang kukuh di Madrasah An-Nahdzah, Kedah sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi dan memperoleh kelulusan Sarjana Muda dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.
Sebelum memikul amanah selaku wakil rakyat, Ustaz Fairuz membina reputasi kemasyarakatan yang kuat menerusi bidang pendidikan agama sebagai Guru KAFA, Mudir Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum, serta menerajui Akademi Darul Ulum selaku Pengerusi.
Komitmen beliau yang tinggi dalam politik kebajikan dan khidmat sivil meletakkan beliau di barisan hadapan menjelang pilihan raya negeri ini, di mana beliau kini menggalas tanggungjawab utama sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan dan Yang Dipertua PAS Kawasan Jempol.
Pendidikan
- ▸ Madrasah An-Nahdzah, Kedah
- ▸ Sarjana Muda, Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir
Kerjaya
- ▸ Guru KAFA
- ▸ Mudir, Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum
- ▸ Pengerusi, Akademi Darul Ulum
Jawatan
- ▸ Mantan ADUN Serting (Penggal ke-15)
- ▸ Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan
- ▸ Yang Dipertua PAS Kawasan Jempol
Rekod khidmat & kebajikan.

Kebajikan & Bantuan Sosial
Menggerakkan Program Wakaf Medik (menyumbang 7 kerusi roda dan 5 katil pesakit setakat November 2025), sumbangan bantuan segera dan khidmat pertolongan mangsa musibah, serta ziarah dan sumbangan ikhlas kematian kepada waris.

Program Khas Ramadhan & Perayaan
Menganjurkan program Semarak Kasih Ramadhan 2025 (santun keluarga asnaf, iftar jamaie, kacau bubur lambuk, dan Moh Sahor 1.0), edaran kurma di rumah dan pasar malam, serta Rumah Terbuka Aidilfitri berserta agihan duit raya anak-anak.

Ekonomi, Usahawan & Pendidikan
Menggerakkan inisiatif ‘Ust Fairuz Bantu Promosi Perniagaan’ menerusi Facebook/TikTok LIVE, sumbangan Kembali Ke Sekolah (BTS) untuk 30 anak asnaf/ibu tunggal, serta mengekalkan rekod kehadiran 100% dalam Sidang DUN Negeri Sembilan ke-15.

Komuniti, Belia & Rentas Kaum
Program Rentas Kaum bersama DHPP & GERAKAN demi keharmonian PN, Merdeka Hiking 2025 di Bukit Penarikan, Program Serah Jalur Gemilang, serta Program Tukar Minyak Hitam Percuma yang memberi manfaat kepada 100 pemilik motosikal anak muda di FELDA Raja Alias.
Perjuangan untuk Serting (Jempol).
Isu Kebajikan Felda
Mengutarakan isu ‘Pemegang Amanah Tanah Felda’ di peringkat perbahasan DUN bagi memperjuangkan sekatan perundangan generasi kedua Felda supaya boleh memanfaatkan tanah peninggalan ibu bapa secara saksama.
Fasiliti Kesihatan Jempol
Membawa aduan rasmi berhubung tempoh menunggu rawatan di Hospital Jempol mengikut zon piagam pelanggan serta menyemak bilangan doktor pakar dan jururawat berdaftar, di samping melaksanakan Program Kolaborasi ‘Doktor Masuk Kampung’.
Aduan & Pemantauan Infrastruktur
Secara aktif memantau, menyemak, dan menyegerakan proses baik pulih kemudahan infrastruktur awam, jalan raya, pengairan, saliran, serta pengurusan sisa pepejal bersama PBT demi keselesaan warga DUN Serting.
Ikuti perkembangan terkini calon.
TikTok
Pusat khidmat & talian terus.
No. 149, Tingkat 1, Jalan Utama 4, Pusat Perniagaan Jempol, 72120 Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan.
Sokong PN dan calon-calon PN
Isikan nama anda sebagai tanda anda menyokong PN.