PAS#05Dato' Dr. Rafie Malek
"Nismilan #KitoJago — Beradat, Muafakat, Berkat"
Latar belakang calon.
Dato' Dr. Mohamad Rafie Bin Ab Malek ialah tokoh akademik dan korporat berpengalaman lebih 35 tahun dalam pengurusan, pembangunan modal insan, pendidikan dan dasar awam.
Beliau memegang Doktor Pendidikan (Ed.D.) dari Universiti Selangor, MBA dari Oklahoma City University, USA, dan Ijazah Sarjana Muda Sains dari University of Alabama, USA. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan (2018–2023).
Dikenali sebagai pemimpin yang mesra dan vokal, beliau aktif membawa isu tanah, pembangunan dan ekonomi negeri demi kesejahteraan rakyat. Dengan latar belakang korporat yang kukuh serta pengalaman luas dalam organisasi pelajar dan alumni antarabangsa, Dato' Dr. Rafie membawa gabungan kepimpinan strategik dan jiwa rakyat dalam perjuangan Perikatan Nasional di Negeri Sembilan.
Pendidikan
- ▸ Doktor Pendidikan (Ed.D.), Universiti Selangor (Unisel)
- ▸ Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), Oklahoma City University, USA
- ▸ Ijazah Sarjana Muda Sains, University of Alabama, USA
Kerjaya
- ▸ Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (2018–2023)
- ▸ Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan (2018–2023)
- ▸ Pengurusan korporat dan akademik lebih 35 tahun
- ▸ Wakil Malaysia ke Sidang Kemuncak Dunia Usahawan Muda Ke-10 di Brazil (2006)
- ▸ Presiden Persatuan Alumni Malaysia Oklahoma City University (2007–2009)
- ▸ Presiden Persatuan Alumni Doktor Pendidikan Universiti Selangor (2016–2022)
- ▸ Presiden Persatuan Doktor Pendidikan Malaysia (2017–2022)
Jawatan
- ▸ Pengerusi Perhubungan Pertama PKN Negeri Sembilan (1999)
- ▸ Ahli Majlis Tertinggi PKN (1999–2002)
- ▸ Ketua Bahagian PKN Seremban (1999–2002)
- ▸ Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR (2011–2013)
- ▸ Pengerusi Strategik PKR Negeri Sembilan (2013–2022)
- ▸ Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan Negeri Sembilan (2018–2022)
Ikuti perkembangan terkini calon.
TikTok
Sokong PN dan calon-calon PN
Isikan nama anda sebagai tanda anda menyokong PN.